Pick Up Teaching English as your Career

Search This Blog

Monday, March 24, 2008

Undang-undang dari Litar F1 – Tafsiran Abdullah dangkal

Ditulis oleh SM Noor
Monday, 24 March 2008

Kuala Terengganu, 23 Mac – Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia menjadi pakar undang-undang terhebat apabila membuat tafsiran undang-undang dari Litar ‘Formula One’ Sepang.

Beliau berkata pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama

"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Dato’ Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan daripada segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad, Ahad.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, pagi kelmarin.

Pentafsiran Perdana Menteri agak dangkal jika dibandingkan dengan perlantikan Menteri Besar Perlis yang dibuat oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Ketika mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu minggu lalu Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa ‘Kuasa Raja’ di negara ini sebenarnya besar.

Menurut beliau, ia dicernakan menerusi kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan Perdana Menteri, membubarkan Parlimen serta untuk mengisi tuntutan-tuntutan hak diraja serta hak keislaman yang dijamin oleh Perlembagaan.

Merujuk kepada kes Perlis, Md. Isa telah menerima sokongan majoriti, iaitu lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengatasi Shahidan yang hanya disokong oleh lima ADUN.

‘‘Kedudukan di Perlis agak istimewa. Rajanya boleh ketepikan perlembagaan negeri malah pelantikan seseorang Menteri Besar itu adalah penilaian subjektif baginda,” kata Rais.

Kuasa Sultan juga mengatasi dakwaan DAP di Perak yang mencanangkan wakil daripada parti itulah yang sepatutnya dilantik Menteri Besar berdasarkan majoriti 18 kerusi DUN yang diraihnya pada Pilihan Raya Umum ke-12.

DAP mulanya membantah penyandang jawatan daripada Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, yang partinya hanya memperoleh enam kerusi.

Realitinya, peranan Raja dan Sultan memberi perimbangan yang baik apabila wujud situasi kuasa politik ‘berleluasa’ dalam diri seseorang.

Pada tahap ini, Raja menggunakan segala budi bicaranya.

Dalam kes Terengganu, perkara ini jelas dinyatakan didalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Terengganu.

Ia dinyatakan seperti yang tertera di bawah:

Kaedah perlantikan Menteri Besar Terengganu hendaklah mengikut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 1911, Dengan Pindaan Pada Tahun 1948.01.21 Masehi Bersamaan 1367.3.10.

Perlantikan Menteri Besar tertakluk kepada Undang Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911 (11.11.1911) Dengan Pindaan (Ditambah Kepada Undang-undang Diri 1911 Pada 21.01.1948 Dikuatkuasa Pada Pada Tarikh Yang Sama ( Fasal 1 (2) ) Yang Dizin.

Fasal 5 Undang-undang Bagi Negeri Terengganu( Yang Ditambah Pada 1948)

Fasal 5 Memperuntuk Raja Memerintah Mengikut Undang-undang. Raja Berkuasa Melantik Menteri Besar Dan Jua Pada Undang-undang Diri Negeri Terengganu Tambahan 1948 Dibawah Fasal10(I) Dan Fasal 14(1)(2) .

Peruntukan Dibawah Undang-undang Diri Negeri Terengganu 1911 Fasal 29 Memileh Dan Menjadikan Menteri Besar Dan Naibnya Adalah Semata-mata Hak Bagi Sultan (Tidak Dipinda)

Didalam Tambahan Pada Tahun 1948 Diperuntukan Dibawah Fasal 10 Perlantikan Menteri Besar Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Melantik Dengan Surat Lantikan Yang Ditanda Tangani Oleh Baginda Dengan Memakai Mohor Negeri Seorang Menteri Besar Mengikut Syarat2 Perenggan (1) Dibawah Syarat (2)

Fasal 14 (2)(1) Dan (4) Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Mula-mula Melantikan Dahulu Menteri Besar Untuk Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Seorang Ahli Dun...

Fasal 14(4) Takala Melantik Seorang Menteri Besar Maka Bolehlah Duli Yang Maha Mulia Mengikut Timbangan Baginda Sendiri, Meninggalkan Mana-mana Syarat Dalam Fasal 10 Yang Menghadkan Pilihan Baginda Akan Menteri Besar Itu Jika Sekiranya Pada Fikiran Baginda Mustahak Meninggalkanya Kerana Hendak Menunaikan Kehendak2 Fasal 10 Ini.


No comments:

Search Box

Amazon.com

amazon.com